Skip to main content

Bola Sepak

Jalil Elias pulang semula ke San Lorenzo tapi JDT bayar gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jalil1.jpeg

Bagai sirih pulang ke gagang. 

Itulah peribahasa yang sesuai buat pemain yang menjadi bualan peminat tempatan sewaktu ketibaannya di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) awal musim lalu oleh sebab nilai pasarannya yang mencecah hampir €3 juta (RM15.2 juta) menyertai juara 11 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Namun, segalanya bertukar suram apabila pemain yang memiliki kerakyatan Syria itu secara tiba-tiba hilang daripada radar Harimau Selatan meskipun diturunkan dalam perlawanan debut bertemu Negeri Sembilan dan bermain selama 69 minit sahaja. 

Pelbagai khabar angin bertiup kencang berkenaan pemain berusia 28 tahun itu tatkala tiada dalam senarai pemain skuad kendalian Hector Bidoglio mahupun ketika latihan pasukan sehinggalah dia menyertai kelab Argentina, Atletico Velez Sarsfield, sebagai pemain pinjaman sehingga Disember 2024.

 

Advertisement



Kini, nama Jalil Elias muncul semula dengan spekulasi kembali semula ke bekas majikannya, San Lorenzo, secara pinjaman secara percuma dengan pilihan untuk membeli secara tetap. 

Difahamkan, Jalil Elias sedang melakukan ujian kecergasan bersama kelab tersebut. Sekiranya berjalan lancar, dia akan diumumkan dalam masa terdekat mengenai kepulangannya dengan JDT akan menanggung segala perbelanjaan termasuk gajinya di sana. 

Kepulangan semula ketua pasukan itu semestinya dianggap sebagai menghidupkan kembali karier bola sepaknya. 
 

Must Watch Video