BOLA SEPAK

Jake Paul ajak Zlatan Ibrahimovic bertinju

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
13/01/2025
05:37 MYT
Sponsor Banner
Jake Paul ajak Zlatan Ibrahimovic bertinju
Selepas berjaya mengetepikan Mike Tyson melalui keputusan juri, Jake Paul sedia melanjutkan kariernya di gelanggang tinju dan tidak takut sekiranya lawannya itu adalah Zlatan Ibrahimovic.
Pempengaruh Youtube itu sedia maklum bekas penyerang AC Milan juga terkenal kerana memiliki tali pinggang hitam karate dan pernah menunjukkan kemahiran seni mempertahankan dirinya.
"Saya dengar Ibrahimovic ada terbabit dengan tinju.
"Ia akan menjadi satu pertarungan yang hebat," katanya di sebuah kejohanan futsal anjuran Gerard Pique di Brazil.
Tahun lalu, seorang penganjuran pertandingan cuba merealisasikan satu pertarungan epik membabitkan Ibrahimovic dan bekas penggempur England, Wayne Rooney, tetapi tidak kesampaian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video