LIGA INGGERIS

Jagielka kekal di Goodison Park semusim lagi

Penulis Jemputan 03/08/2017 | 01:07 MYT
Pemain veteran, Phil Jagielka, bersetuju untuk memperbaharui kontrak selama setahun bersama skuad kendalian Ronald Koeman, Everton.
Sejak tiba di Goodison Park pada 2007, Jagielka telah melakukan 290 penampilan dalam liga dan selepas 10 tahun, bekas pertahanan England itu amat gembira dapat terus bersama The Toffees.
“Saya kembali untuk kempen pra-musim dan cuba mendapatkan tahap stamina yang terbaik serta mempersiapkan diri untuk merebut tempat dalam pasukan.
“Satu perasaan yang hebat apabila dapat memperbaharui kontrak bersama kelab dan saya tidak memerlukan masa yang panjang untuk bersetuju,” katanya.
Everton sebelum ini telah mendapatkan ramai muka baru, termasuk bekas pemain, Wayne Rooney, dan keinginan tinggi pasukan membuat Jagielka bersemangat untuk kekal di Goodison Park.
“Pasukan ini sedang menuju ke satu peningkatan yang hebat dan buat Everton, saya akan cuba untuk memainkan peranan yang diberikan dan secara realistik, saya menyasarkan satu piala pada musim ini,” tambahnya.
#Wayne Rooney #Everton #Ronald Koeman #Philip Jagielka #Liga Inggeris
;