Skip to main content

Bola Sepak

Jafri mahu lakar kemenangan bertemu Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

18718jafrichew.jpg
Penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Jafri Firdaus Chew, menyifatkan aksi pertama Kelayakan AFC Bawah 23 tahun menentang Indonesia esok sebagai misi wajib menang untuk mencerahkan peluang mara ke pusingan akhir tahun depan.

Skuad muda negara akan membuka kempen kelayakan bertemu Indonesia, diikuti tuan rumah, Thailand, sebelum bertemu Mongolia dalam aksi terakhir.

Tatkala Thailand diramal mengungguli saingan Kumpulan H ini, Malaysia dan Indonesia pula dijangka bersaing sengit untuk muncul antara dua pasukan terbaik.

Jafri mengakui mereka tidak boleh keciciran mata berdepan skuad muda Garuda untuk mengelak berdepan laluan berliku dalam cabaran kali ini.

"Kami perlu bekerja keras ketika berdepan Indonesia bagi memudahkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya," katanya.

Jafri mempunyai detik manis bertemu skuad muda Indonesia apabila muncul penyelamat menerusi jaringan penyamaan untuk mengikat lawan 1-1 ketika Kejohanan AFF Bawah 19 pada 2013.

Dan meskipun dihimpit masalah prestasi, penyerang Pulau Pinang ini tetap bertekad menjadi peledak berkesan seperti yang pernah dilakukannya dalam beberapa kejohanan peringkat umur sebelum ni.

"Saya berharap dapat mengulangi persembahan terbaik saya. Setiap penyerang mahu memastikan berjaya menghasilkan jaringan ketika bertemu pasukan lawan."

Advertisement

Must Watch Video