Skip to main content

Bola Sepak

Jadi perhatian Ruben Amorim, Sergio Aguero dikaitkan ke DPMM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aguero.jpg
Memandangkan status Sri Pahang terhadap penyertaan dalam Liga Super musim hadapan masih menjadi tanda tanya, bintang sensasi mereka, Sergio Aguero, kini dipancing pendatang baharu, DPMM. 

Wakil Brunei itu menyatakan hasrat untuk menandatangani pemain kelahiran Argentina itu sebagai senjata terbaru mereka menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga-M). 

Menerusi kenyataan rasmi kelab, Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) bersedia membawa masuk pemain tengah Harimau Malaya itu selepas menampilkan persembahan memukau ketika beraksi bersama ASEAN All-Stars, baru-baru ini. 

 

Aguero sebelum ini berjaya memikat ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, sekali gus menimbulkan perhatian peminat tempatan apabila diakui kehebatannya di atas padang.

Nama tonggak naturalisasi negara itu bukanlah asing di Malaysia tatkala pernah menyarung jersi Melaka United dan Perak sebelum ini.

Aguero merekodkan 46 penampilan dan menjaringkan 10 gol bersama Tok Gajah. 

Advertisement

Must Watch Video