Skip to main content

Bola Sepak

Jacob Joseph saran PJ City guna 'ubi muda', tidak perlu ditutup

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pj-city.jpg
Bekas jurulatih Petaling Jaya (PJ) City yang dahulunya dikenali sebagai MISC-MIFA, Jacob Joseph, berdukacita apabila menerima pekhabaran skuad The Phoenix akan tutup menjelang Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurutnya kepada Nadi Arena sebentar tadi, negara akan kehilangan bakat pemain tempatan seandainya perkara itu menjadi kenyataan.

"Sebaik mendapat berita penutupan ini, saya betul-betul sedih. 

"Saya harap presiden ( Datuk Seri Vijay Eswarandapat memikirkan semula hasratnya sebab kebanyakan pemain-pemain pemain India menjadikan ia sebagai tapak sebelum menyertai kelab yang bagus untuk perkembangan karier mereka," katanya di Nadi Arena hari ini. 

Jacob antara individu penting di sebalik kemunculan skuad PJ City dalam kancah utama liga tempatan kini.




Sentuhannya membawa MISC-MIFA menjuarai Piala FAM pada 2016 sebelum kelab itu dijenamakan semula pada 2019.

Jacob -- yang juga bekas jurulatih wanita negara -- bagaimanapun percaya masih ada jalan untuk menyelamatkan kelab berkenaan daripada berkubur.

"Penyelesaiannya ialah potong sahaja bajet. Kalau (berdasarkan) bajet sebanyak RM10 juta tapi keputusan masih tidak bagus.

"Jadi apa salahnya ambil muda. Kalau musim 2023 mereka gunakan pemain muda ini maka 2024 boleh jual kepada pasukan lain. 

"Ia tapak untuk pemain muda boleh bermain," katanya. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video