Skip to main content

Bola Sepak

Jack Grealish tepis imej budak nakal Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jack-grealish.jpg
Jack Grealish tidak akan memohon maaf atas sambutan berlebihannya kerana meraikan penghujung musim yang hebat sambil memberitahu bahawa imej "budak parti" ke atasnya tidak kena pada tempatnya.

Pemain antarabangsa England itu membantu Manchester City menjulang kejayaan 'treble' dengan kemuncaknya adalah gelaran Liga Juara-Juara (UCL) selepas mengetepikan Inter Milan.

Selepas perlawanan, Grealish menjadi pusat perhatian apabila dia kelihatan mengambil minuman beralkohol dan berpesta dengan rakan sepasukannya.

Gelagatnya sering menjadi perhatian dan dia kemudian melaporkan diri untuk tugasan bersama England dan dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 7-0 ke atas Macedonia Utara, semalam. 

"Saya tidak fikir ia adalah imej budak parti," katanya ketika ditanya mengenai tindak tanduknya.

"Saya tidak akan menafikan bahawa saya minum dan berpesta kerana memang saya melakukannya.

"Saya hanya bersikap jujur kerana apabila anda boleh tengok bahawa beberapa minggu lalu saya tidak berkelakuan sedemikian. 

“Saya hanya menikmati diri sendiri, saya menikmati kesempatan mewakili kelab terbaik di dunia.

"Kami baru sahaja memenangi treble jadi saya mahu berehat dengan keluarga dan kawan-kawan saya. 

"Kemudian saya akan bersedia untuk berjuang lagi dalam masa empat minggu.

“Saya tahu (apa) yang saya lakukan, itulah cara saya.

 

"Sebenarnya saya tidak begitu biasa berpesta tetapi kami baru memenangi treble dan ia sesuatu yang (mungkin) tidak akan berlaku lagi. 

“Jadi saya mahu berseronok dan bukan saya seorang sahaja -- saya rasa anda sentiasa akan dapati semua orang merakam kegiatan saya.

"Saya baru mengharungi musim yang paling gemilang dalam hidup.

“Sekarang tanggal 19 Jun, saya mula menyertai latihan tahun lalu pada 13 Julai. 

"Tahun lepas, kami menempuhi tempoh semusim selama sembilan bulan dan saya pula 12 bulan berikutan Piala Dunia, saya telah memenangi tiga trofi dan saya akan kembali berlatih dalam masa empat minggu lagi, jadi mengapa tidak boleh berseronok?”

Advertisement

Must Watch Video