Skip to main content

Bola Sepak

Jack Grealish cergas perkuat Manchester City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jack-grealish.jpg
Jack Grealish berpeluang memperkuatkan semula Manchester City tatkala juara bertahan itu bakal menerima kunjungan Nottingham Forest dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini. 

Pemain tengah England itu terlepas tiga perlawanan terakhir gara-gara kecederaan lutut selain terlepas tugasan antarabangsa awal bulan ini.

Begitupun, pemain berusia 28 tahun itu sudah mula berlatih dan situasi itu meredakan kebimbangan pengurus, Pep Guardiola, selepas Bernardo Silva pada minggu ini menyertai senarai bilik rawatan yang turut merangkumi Kevin De Bruyne, John Stones dan Mateo Kovacic.

Guardiola berkata dalam sidang akhbar: “Kami memerlukan pemain yang cedera agar kembali kerana kami akan mengharungi banyak perlawanan dan kami tidak boleh mempertaruhkan pemain yang sama.

 

“Jack akan kembali. Dia telah berlatih dengan baik dan mungkin bersedia untuk sebahagian perlawanan. 

"Kova hampir pulih, dia kini di peringkat terakhir pemulihan tetapi kami sudahpasti kehilangan Bernardo. John dan Kevin pula masih tersisih.”

Advertisement

Must Watch Video