Skip to main content

Bola Sepak

Jack Grealish balas kepercayaan kembali ke pangkuan skuad England

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

grealish.jpg
Jack Grealish kembali ke senarai penjaring buat England selepas musim panas paling teruk dalam dirinya selepas tidak senrai dalam skuad Euro 2024 buat Three Lions.

Grealish menjaringkan gol kedua buat England selepas menewaskan Ireland 2-0 dalam perlawanan Liga Negara-Negara (UNL) di Stadium Aviva di Dublin.

Ini adalah gol ketiga bersama skuad England dan gol pertamanya sebagai pemain utama.

"Sepanjang musim panas ini adalah musim paling teruk dalam karier saya kerana saya tidak boleh terima semua apa yang jadi" katanya kepada ITV.

 

"Ia sukar untuk diterima tetapi ia memberi sesuatu untuk saya bangkit semula" katanya.

"Saya perlu kerap bermain dan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dan itulah yang saya lakukan sekarang, saya belum cergas 100 peratus tetapi saya gembira ketika dapat bersama skuad kembali" katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video