Penyerang Terengganu, Ivan mamut, dalam satu kiriman media sosial beberapa hari lalu, mengucapkan selamat tinggal selepas dua setengah tahun bersama skuad Peteh itu.
Dalam kiriman berkenaan, pemain kelahiran Croatia itu turut mengucapkan terima kasih kepada segenap penyokong Terengganu atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini.
Mamut, 28, berkata: "Selepas 2.5 tahun, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang membuat saya berasa seperti di rumah walaupun di bahagian lain dunia.
"Ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan saya menikmati setiap minit di atas padang, terutama gol dan perayaan saya di hadapan anda.
"Malangnya sumbangan saya terhenti setakat 24 gol daripada 34 perlawanan.
"Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua untuk semua detik kenangan yang pernah kita lalui bersama. Saya akan mengingatinya sepanjang hayat saya," katanya.
Sebagai rekod, Mamut tiba di Terengganu daripada kelab Romania, FCSB pada Januari 2023, di mana dia membantu Sang Penyu muncul naib juara Piala Sumbangsih dan Piala Malaysia pada tahun yang sama.