Skip to main content

Bola Sepak

Ivan Mamut tekad lebih tajam bersama Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ivan-mamut.jpg
Penyerang berbisa Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut, mengikat 'jodoh' setahun lagi bersama skuad Penyu itu untuk mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 dengan sepak mula pada awal Mei 2024.

Perkhabaran itu dimaklumkan menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab pada malam Khamis.

"Penyerang utama pasukan, Ivan Mamut secara rasmi telah menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal bersama kelab ini untuk saingan musim hadapan.

"Ivan menyatakan apa yang beliau lalui sepanjang musim ini bersama kelab, termasuk penyokong, barisan kejurulatihan dan rakan pasukan ini telah membantu meningkatkan motivasi dan prestasinya," tulis kelab itu menerusi satu hantaran di Facebook.

Pemain kelahiran Croatia itu muncul penjaring terbanyak buat Terengganu untuk musim 2023 selepas dibawa masuk Tomislav Steinbruckner meskipun mempunyai permulaan yang perlahan pada awal saingan liga.

Ivan atau terkenal dengan julukan Wan Mahmud oleh penyokong skuad Penyu itu melakukan 32 penampilan dalam empat kejohanan dan meledak 24 gol – 11 Liga Super, sembilan Piala Malaysia, dua Piala FA dan dua Piala AFC.

"Ivan ingin membuktikan untuk tampil lebih cemerlang bagi musim keduanya bersama kelab ini,” catat hantaran itu.

Skuad Penyu sebelum ini turut mengekalkan khidmat Steinbruckner untuk mengemudi cabaran Liga-M yang lebih sengit musim depan.

TFC musim ini muncul naib juara Piala Malaysia, menghuni tangga keenam Liga Super, semi finalis Piala FA dan tidak tewas dalam semua perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC.

--Sinar Harian


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video