Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah -- TMJ
Najmi Iman
November 2, 2024 17:41 MYT
November 2, 2024 17:41 MYT
Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak menolak sangkaan bahawa bola sepak Malaysia mengalami masalah oleh beberapa individu yang sedang mengemudi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pemangku Sultan Johor itu ketika menjawab kepada satu ciapan di X juga mendedahkan segelintir individu tersebut tidak mempunyai visi yang jelas dan tidak memainkan peranan fungsi yang baik.
Dalam masa sama, TMJ mengambil Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) (PSSI), Erick Thohir, sebagai contoh kerana mempunyai empat eleman penting dalam memacu sebuah organisasi bola sepak.
Tetapi yang mengundi adalah affiliates/ahli gabungan. Pasukan pasukan dan persatuan juga. Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah. Orang yang ada dalam industry bola sepak yang tak berfungsi. No vision, commitment, knowledge and passion. Contoh, Eric Thohir ada duit, knowledge,…
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu lagi ciapan balas, TMJ turut menyelar pihak yang gagal menguruskan kewangan pasukan misalnya rundingan kontrak pemain, sebentar tadi.