Skip to main content

Bola Sepak

'Itu cara hantar bola, bawa pemain sayap Malaysia ke Colombia!'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif.jpg
Penyokong bola sepak berasal dari Colombia teruja melihat aksi yang dipamerkan penyerang lincah negara, Arif Aiman Hanapi, ketika berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Arif Aiman menjadi watak penting dalam perlawanan peringkat Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 itu selepas menyumbangkan dua bantuan jaringan pada minit ke-59 buat Rodrigo Holgado dan minit 67 kepada Corbin Ong.






Menerusi satu hantaran di laman media sosial yang tular, individu yang menggunakan nama miguecramos itu berkata: "Itu adalah cara untuk membuat hantaran lintang. Bawa pemain sayap Malaysia itu (ke Colombia)." katanya.

Harimau Malaya kini mengungguli saingan pusingan ketiga, Kumpulan F dengan enam mata selepas dua perlawanan diikuti pencabar terdekat iaitu Vietnam dan Laos. 

 


 

Advertisement

Must Watch Video