Demikian reaksi bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sambil mempersoalkan kemampuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).
Tegasnya, tiada perbezaan ketara seandainya program kebangsaan itu dikembalikan kepada badan induk tersebut jika daripada segi kewangan masih memerlukan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Adakah FAM mampu untuk mengendalikan NFDP sepertimana yang diilhamkan -- pertandingan yang berterusan di antara akademi tunas (sekolah rendah) dan PLD (sekolah menengah) dan menjadi pembekal kepada Akademi Mokhtar Dahari (AMD).
Tiada keperluan untuk NFDP/AMD berada di bawah naungan FAM jika peruntukan dana masih memerlukan dana KBS - KJ pic.twitter.com/8JrnRtwdgq
— FinaNasrom (@fnasrom) September 25, 2025
"Kalau FAM nak ambil, cadangan saya FAM yang kena cari duit. (Jika) mohon dana daripada kerajaan, lebih baik (NFDP) duduk di bawah MSN (Majlis Sukan Negara) dengan kerjasama FAM," katanya.
Jika diikutkan kepada perancangan asal, fasa kedua selepas 10 tahun penubuhan NFDP sepatutnya diserahkan kepada persatuan bola sepak negeri yang sewajarnya menguruskan pusat latihan daerah dan akademi tunas, dengan kerjasama FAM sendiri.
Khairy yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu NFDP berpendapat dalam situasi terkini, tiada mana-mana pihak yang layak untuk membawa NFDP -- merujuk kepada kondisi kewangan FAM, selain persatuan bola sepak negeri yang majoritinya berhadapan dengan kemelut kewangan serius.
"Sehingga persatuan negeri dan FAM bersedia. Adakah persatuan negeri bersedia untuk mengambil-alih pembangunan ini.
"Johor tiada masalah, memang ada pembangunan sendiri dan mungkin Selangor ada juga.
"Tapi negeri lain? Ada pasukan bola sepak negeri sudah tiada.
"Kena fikir 2-3 kali sebelum FAM minta NFDP. Kalau setakat minta sebab nak dapatkan peruntukkan tapi tidak dilaksanakan, (maka) good luck to you," katanya.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang