Skip to main content

Bola Sepak

Isu pemain warisan: Banyak pihak ambil kesempatan sebar berita palsu, fitnah -- FAM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusoff-mahadi.jpg
Pemangku Presiden Peratuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, menggesa penyokong bola sepak tanah air agar lebih bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan berita palsu melibatkan pasukan kebangsaan.

Tegasnya, FAM masih belum menerima sebarang keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tetapi berita palsu yang tersebar begitu berleluasa sejak hujung bulan lalu.

Menurutnya, banyak pihak mengambil kesempatan atas situasi sulit badan induk itu dengam menyebarkan berita tidak tepat dan bersifat fitnah bagi melariskan bahan bacaan mereka tanpa mengambil kira kesan yang terpaksa dihadapi FAM.

Skuad kebangsaan ketika ini sedang menunggu keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA berkenaan isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan negara.

"Tentu sekali apabila selepas 30 Oktober, akan ada banyak kata-kata dan spekulasi liar seperti ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan penyokong dan mereka yang mengikuti perkembangan ini agar tunggulah keputusan rasmi FIFA di portal mereka.

"Kami di FAM juga sudah pasti akan memberikan hebahan sebaik kami menerima keputusan rasmi.

"Keputusan rasmi tetap keputusan rasmi, ia tidak akan berubah walau apa jua andaian liar seperti itu. Ia tidak akan mengubah keputusan rasmi FIFA.

"Tunggulah keputusan rasmi dahulu dan daripada itu, barulah kita akan memikirkan mengenai tindakan seterusnya."

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video