Ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, tidak mahu isu status pasukan sokongan mengganggu kelancaran persediaan anak buahnya untuk tampil lebih berkesan dalam memburu slot empat terbaik dalam Piala Malaysia musim ini.
Pengendali itu memilih untuk bersikap pasif apabila ia melibatkan perancangan skuad PKNS FC, yang dikhabarkan akan menjadi pasukan sokongan kepada Selangor bermula tahun depan.
Tegasnya, hingga ke saat ini, dia masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan berhubung status mereka musim depan.
"Saya hingga ke hari ini tidak pernah mendengar PKNS FC akan menjadi pasukan sokongan.
"Tumpuan saya adalah Piala Malaysia dan saya harap pemain-pemain akan bermain dengan baiklah melainkan saya dapat maklumat," katanya.
Ketika ini, dia memberikan perhatian sepenuhnya untuk ke separuh akhir Piala Malaysia
Justeru, menjelang aksi pertama berdepan Terengganu FC (TFC) di gelanggang lawan malam esok, Rajagobal memberi amaran kepada anak buahnya tentang rangkaian tiga pemain import TFC, iaitu Kipre Tchetche, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov, yang mampu menjadi duri dalam daging buat pasukannya.
"Memang, kita tahu mana-mana pasukan sekalipun, pemain import akan memberikan satu kelebihan.
"Kita tidak boleh lupa pemain-pemain tempatan pun boleh memberikan kekuatan kepada pasukan," tambahnya.