Skip to main content

Bola Sepak

Isu Pahang-Sumareh jejas persiapan pasukan -- Dooley

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dooley.jpg
Jurulatih Pahang, Thomas Dooley, mengakui perkembangan terkini membabitkan Pahang-Sumareh ketika saingan liga belum bermula memberikan impak buat pasukan.

Ia bukan langkah kanan buat Pahang yang sedang merencana prestasi lebih baik berbanding musim lalu.

"Saya mengetahui Pahang membantu Sumareh untuk mendapatkan kewarganegaran dan mendapatkan tempat beraksi di Asia," katanya.

"Situasi ini kelihatan seperti pemain tersebut telah menikam belakang Pahang. Situasi ini sangat buruk, saya tidak mengetahui secara menyeluruh perkara ini. Saya tidak boleh mengatakan pemain itu betul atau sebaliknya. 

"Situasi ini perlu diselesaikan bagi memastikan pasukan tidak berdepan pemotongan mata dan perkara ini menjejaskan persiapan pasukan dan mengecewakan semua pihak."

Dooley bagaimanapun tidak mahu terbawa-bawa dengan perkembangan terkini mambabitkan majikannya.

Tugasannya dengan Pahang tetap berjalan seperti biasa apatahlagi, isu itu tidak ada kena mengena dengan penampilannya bersama Pahang musim ini.

Jika Pahang gagal melunaskan bayaran yang telah diputuskan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Pahang berdepan dengan situasi disekat pengambilan pemain baru selain pemotongan mata.
 

Advertisement

Must Watch Video