Isu padang SNBJ, Kim Pan-gon 'no comment'

Husna Zainudin
Jun 10, 2024 14:33 MYT
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon tidak mampu melontarkan sebarang komen ke atas isu keadaan padang yang terus membelenggu negara.
Dia yang berucap ketika sidang media menjelang perlawanan Chinese Taipei terkelu seketika selepas wartawan menyuarakan soalan berkenaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Mengenai isu padang, saya tak boleh nak cakap banyak tetapi saya rasa situasi sama berlaku kepada pihak lawan jadi saya harap keadaan padang dalam keadaan baik untuk bermain esok.
"Kami juga perlu mengurangkan kesan dari segi logistik bagi memberi tempoh pemulihan dan rehat mencukupi buat pemain," katanya kepada pengamal media.
Kualiti padang SNBJ terus mendapat kritikan daripada pelbagai pihak selepas pemasangan rumput Zeon Zoysia yang digunakan sebelum cukup tempoh matang hingga menyebabkan kerosakan padang.
Ia bukan sahaja menjejaskan pemandangan landskap tetapi juga menyebabkan kecederaan beberapa pemain ketika beraksi di atas padang.
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) digesa untuk memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar bagi memastikan kualiti padang dapat dikembalikan.
#Harimau Malaya #Chinese Taipei #Kim Pan Gon
;