Isu kena simbah asid, ini profil Faisal Halim
Zaki Zainal
Mei 6, 2024 12:49 MYT
Mei 6, 2024 12:49 MYT
Berikut merupakan profil penuh Faisal Halim sebagai antara pemain terbaik di Malaysia. Karier bola sepak Faisal sudah pun bermula cemerlang di usia remajanya.
Saat menginjak usia 17 tahun, dia telah masuk ke dalam skuad utama Penang FC di Piala Malaysia 2015. Kualiti permainannya telah menarik minat Pahang FC bagi menjadi sebahagian dari pasukan mereka di Liga Super Malaysia.
Faisal Halim kemudian berpindah ke Terengganu setelah lebih dari empat tahun bersama Pahang. Kariernya semakin meningkat dengan keseluruhan 21 gol dari 42 pertandingan bersama Terengganu di Liga Super Malaysia.
Sampailah pada 2022, giliran Selangor FC pula menandatangani pemain bernombor 7 tersebut dan nyata ia masih menjadi pilihan utama Selangor FC hingga saat ini.
Bersinar di dalam aksi liga, pemain berposisi sayap kiri itu juga jadi antara kesebelasan utama buat Skuad Harimau Malaya.
Pemain yang boleh bermain sebagai pemain sayap atau penyerang itu sudah menjadi sebagian dari Harimau Muda sejak mewakili skuad negara bagi peringkat B-19 pada 2016.
Debut Faisal Halim bersama skuad senior tercatat pada Jun 2019. Ia kemudian jadi pemain utama bagi skuad Harimau Malaya di Piala AFF 2020 dan 2022.
Karakter permainan yang cepat dan pantas membuatkan Faisal Halim jadi salah satu pemain pasukan kendalian Kim Pan Gon. Faisal Halim tampil di seluruh kejohanan Piala Asia 2024.
Semoga dengan situasi yang dilalui oleh Faisal Halim terkini dapat diselesaikan secepatnya.