Skip to main content

Bola Sepak

Isu FIFA-FAM, 7 pemain digantung: Kementerian Dalam Negeri kongsi kenyataan jelas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kdn.jpg
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat mengikut undang-undang yang sah berkenaan persoalan hangat mengenai status tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa setiap keputusan pemberian kerakyatan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19(1), Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu perkongsian di akaun rasmi KDN, ia mendedahkan proses tersebut tidak dipengaruhi oleh pihak ketiga dan tiada sebarang tekanan luar dalam menentukan keputusan. 

 

Terdahulu, hasil siasatan Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendapati percanggahan maklumat, dan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar.

Hasil semakan FIFA melalui rekod pendaftaran di negara-negara berkaitan, ia jelas membuktikan bahawa ketujuh-tujuh pemain itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video