Skip to main content

Bola Sepak

Isu Faisal Halim: Selangor sambut baik tawaran kepakaran secara percuma ISN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johan-kamal-hamidon.jpg
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, mengamalkan keterbukaan untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Institut Sukan Negara (ISN) untuk melakukan program pemulihan secara percuma kepada tonggak Harimau Malaya itu.

Sebelum ini, dia sudah dibenarkan untuk keluar dari hospital dan sedang menjalani tempoh pemulihan di sebuah lokasi rahsia sebelum pulih sepenuhnya untuk kembali beraksi di atas padang.

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, tawaran telah dibuat kepada CEO ISN, Ahmad Faedzal Ramli, pada bulan lalu dan kepada Dr Johan Kamal, untuk perbincangan lanjut mengenai rawatan susulan Faisal Halim.

Pemain berusia 26 tahun itu menjadi mangsa simbahan asid sehingga mengalami lecuran tahap empat ketika berada di sebuah pusat beli-belah di ibu kota tiga minggu lalu.

"Secara jujurnya saya masih belum mendapat maklum balas berkenaan proses rehabilitasi dia. Saya cuma difahamkan dia sudah keluar dari hospital dan masih memerlukan masa untuk kecederaan dia pulih sepenuhnya.


 

"Saya rasa agak penting untuk luka dia tertutup sebelum memulakan latihan yang lebih intensif. Doktor memberikan kebenaran keluar selepas hospital selepas ambil maklum risiko jangkitan kuman agak rendah.

"Kita perlu berikan sedikit masa sebelum doktor mancadangkan langkah seterusnya dan kemudian kami akan duduk berbincang bersama ISN untuk mencari kata putus untuk Faisal," katanya selepas kemenangan 4-0 Selangor mengatasi Negeri Sembilan di Stadium MBSJ, malam tadi.

Ditanya mengenai usahasama bersama ISN dia berkata: "Kami sentiasa terbuka kerana mereka mempunyai kepakaran yang kami tiada untuk berikan yang terbaik buat Faisal Halim."
 

Advertisement

Must Watch Video