Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: Yusoff tagih perincian daripada FIFA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yusoff-mahadi.jpg
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, menagih perincian faktor hukuman badan induk itu serta tujuh pemain yang terbabit. 
 

Menyingkap kembali, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan jawatankuasa tatatertib badan induk itu menjatuhkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan negara kerana melanggar artikel 22 kod tatatertib fifa (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM menegaskan semua dokumentasi sudahpun dikemukakan secara telus mengikut garis panduan, dan isu itu timbul selepas aduan rasmi perlawanan menentang Vietnam 10 Jun lalu. 

FAM didenda hampir RM2 juta selain tujuh pemain dikenakan denda hampir RM11,0000 setiap seorang.

Tujuh pemain yang dikenakan tindakan FIFA adalah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Tonton Nadi Weekend jam 7.30 malam ini di saluran Astro Arena 801 bagi mendapatkan perkembangan terkini dan lebih lanjut.

Advertisement

Must Watch Video