Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: Peluang terbaik tujuh pemain warisan jelaskan susur-galur -- pemerhati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zack-rahim.jpg
Kehadiran tujuh pemain warisan di Malaysia ketika ini adalah peluang terbaik untuk mereka menjelaskan mengenai susur-galur dengan tanah air tercinta.

Pemerhati sukan tempatan, Zakaria Rahim, melihat semua penyokong bola sepak tanah air akan menyokong Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya penjelasan tujuh pemain itu dapat meyakinkan semua pihak.

"NT (pasukan kebangsaan) perlu memaklumkan kepada rakyat sekiranya mereka mahu mendapatkan sokongan seluruh rakyat di belakang FAM," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Beritahu mengenai susur-galur pemain ini kerana mereka semua kini berada di Malaysia, semua orang tahu mengenainya.

"Jadi, bawa mereka untuk ceritakan, terangkan siapa mereka, sama ada datuk mereka, nenek mereka atau ibu bapa mereka, beritahu susur-galur mereka, yakinkan peminat dan barulah semua orang akan berada di belakang untuk menyokong FAM dalam urusan memastikan Malaysia tidak akan kehilangan mata, terutama dalam pusingan kelayakan Piala Asia."

 
Nike

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video