Skip to main content

Bola Sepak

Isu Dokumentasi: 'Kita perlu yakin dengan barisan ahli FAM yang cerdik pandai'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Meskipun diberikan tempoh 10 hari untuk mengemukakan permohonan mendapatkan keputusan bertulis daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak 3 November lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan ‘rahsia’ tanpa mengesahkan sama ada mereka sudah menghantar permohonan itu atau sebaliknya.

Tindakan mendapatkan keputusan bertulis menjadi asas penting sekiranya badan induk bola sepak negara itu bercadang membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) seperti yang pernah dibayangkan sebelum ini.

Namun, ketiadaan maklum balas daripada Wisma FAM ketika tempoh 10 hari itu sudah berakhir semalam menimbulkan persoalan sama ada badan induk itu sudah berputus asa dalam perjuangan mempertahankan status pemain warisan yang terlibat.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, turut menyatakan kesediaan membantu FAM daripada aspek kewangan sekiranya kes tersebut dibawa ke CAS yang berpusat di Switzerland.

"Satu usaha yang baik, mungkin baginda melihat ini adalah maruah negara. Jadi baginda mengambil pendekatan bijak untuk perjuangkan maruah itu apabila dicemuh dunia.

"Baginda berasakan kezaliman telah berlaku dan akan berusaha, bukan semua orang berani untuk tampil dan membayar kos itu kerana difahamkan kos itu besar. Jadi kita perlu ucap terima kasih.

"Kita perlu yakin dengan barisan ahli FAM yang cerdik pandai itu mungkin mereka tahu mahu buat bagaimana." kata bekas Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video