Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi terhadap isu kewarganegaraan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dihukum Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Badan induk negara itu didenda selain tujuh pemain warisan dikenakan penggantungan selama 12 bulan membabitkan soal dokumentasi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19(1), Perlembagaan Persekutuan.
Saifuddin yang berada di Sandakan, Sabah, turut menjelaskan proses itu telah melalui satu proses ketat dengan menggariskan kriteria-kriterianya.
1. Proses naturalisasi sangat teliti dan berlapis — dokumen lengkap disemak, temu bual dijalankan, biometrik diambil, serta verifikasi menyeluruh dibuat.
2. Syarat utama ialah keberadaan pemohon di Malaysia, bukan sekadar memohon dari luar negara.
3. Semua keputusan dibuat mengikut tertib dan peraturan undang-undang.