Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram, berkongsikan pihaknya 'tidak dapat begitahu sekarang' mengenai susur galur tujuh pemain-pemain warisan yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu ketika ini.
Hukuman itu membabitkan Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
Terdahulu, FAM dan tujuh pemain itu dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), berkaitan pemalsuan dokumen.
Ketika ditanya mengenai bukti susur galur tujuh pemain warisan negara itu, dia berkongsikan: "Anda bertanya kenapa kami tidak buktikan mengenai datuk dan moyang mereka, kami tidak dapat bagitahu sekarang dan biarkan kes ini berakhir. Pada masa yang sama kami membentuk badan bebas." katanya dalam sidang media khas FAM hari ini.

Pihak FAM sekali lagi menegaskan, mereka tidak boleh memberi jawapan kerana masih dalam proses rayuan dan sedang menubuhkan jawatankuasa khas. pic.twitter.com/XYlpxRos13
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 17, 2025