Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: Hidup ini keras -- Penyerang naturalisasi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

romel-morales.jpg
"Hidup ini keras," kata penyerang naturalisasi negara, Romel Morales, yang simpati dengan nasib tujuh pemain warisan, walaupun ketiadaan mereka membuka peluang untuk dia kembali menggalas misi bersama Harimau Malaya.

Morales dijangka mengetuai jentera serangan negara tatkala Jordan Mintah muncul pemain terbaru yang mendapat panggilan skuad kebangsaan menjelang dua perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Laos bulan ini.

Senarai 29 pemain skuad negara yang diumumkan hari ini mencuri tumpuan apabila tujuh pemain warisan, yang dikenakan penggantungan 12 gara-gara dakwaan pemalsuan dokumen, sah tidak disenaraikan.

Selain tiga tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), itu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel,  empat pemain yang berpangkalan di luar negara turut diketepikan, iaitu Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca dan Gabriel Palmero.

"Sudah pasti kami terkejut dengan situasi ini kerana ia diluar perancangan kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Adakalanya hidup ini keras, tidak mudah tetapi perkara paling penting kita perlu hadap dan terus mencari apa yang terbaik buat kita.

"Sudah pasti ada perlawanan penting selepas ini dan kami perlu fokus untuk menghadapinya dan sudah pasti kami akan memberikan yang terbaik.

"Kami akan terus bergerak depan," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video