Skip to main content

Bola Sepak

Isu dokumentasi: Hello Piala Asia 2035?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mas.jpg
Selepas Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh orang pemain malam tadi.

Skuad kebangsaan difahamkan berpotensi mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Sukan Asia 2027 berhubung pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dan penipuan dokumen.

Ia membabitkan pemain negara iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garces, Rodrigo Julian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.



 
Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Piala Asia dalam kenangan, Harimau Malaya bukan sahaja bakal terlepas aksi Piala Asia 2027 Arab Saudi.

"Malah turut mungkin tidak dapat beraksi pada edisi 2031 jika tidak dibenarkan terlibat dalam aksi kelayakan sama seperti nasib yang menimpa Timor Leste." kongsinya.

Sekiranya perkara itu berlaku, maka adakah skuad kebangsaan hanya akan kembali ke pentas bola sepak paling berprestij di rantau Asia itu pada edisi 2035 nanti?

Terdahulu, Timor Leste tidak dibenarkan terlibat bagi saingan kelayakan Piala Asia 2023 sebagai hukuman berikutan isu kegagalan sembilan pemain naturalisasi mereka mengemukakan dokumen sah berhubung status kelahiran mereka ketika kelayakan Piala Asia 2019.

Malah, negara di ranking ke-197 dunia itu sebelum ini turut dihukum dengan pembatalan kemenangan, penolakan mata (perlawanan dianggap kalah) dalam ke semua 29 aksi di bawah pengelolaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkara itu berlaku selepas selepas siasatan mendapati sembilan daripada 12 pemain yang lahir di Brazil memalsukan dokumen kelahiran mereka dan tidak mempunyai sama ada ibu atau bapa mereka yang berasal dari Timor Leste. Selain Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Timor Leste (FFTL), Amandio de Araujo Sarmento, digantung selama tiga tahun daripada segala aktiviti bola sepak kerana terlibat dengan proses pendokumentasian itu.

Begitupun, FAM dalam kenyataan rasmi berkongsikan akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

 "FAM akan menulis kepada FIFA untuk mendapatkan butiran penuh serta alasan bertulis keputusan tersebut sebelum mengambil langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

"Ini merupakan kali pertama FAM berdepan dengan situasi seperti ini dan pihak peguam serta pengurusan kami amat terkejut dengan keputusan tersebut.

"Bagaimanapun, FAM akan terus teguh memperjuangkan hak para pemain dan kepentingan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa." kongsinya.
 
Football

50% OFF Nike Mercurial Superfly

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video