Kecoh seantero Malaysia gara-gara Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung tujuh pemain warisan negara selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan menuntut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)membayar denda berikutan pemalsuan dokumen, sejak bulan lalu.
Kemelut itu menjadi agenda utama negara sehingga dibahaskan dalam Parlimen melalui perspektif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Dan, FAM telah mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA dan keputusan dijangka diumumkan hujung bulan ini.
Ketika segala persoalan dan kebarangkalian masih menjadi tanda tanya, sidang media khas oleh Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tempoh hari memberi pencerahan terhadap isu nasional ini.
Daripada sudut seorang ejen bola sepak, ia lebih daripada aspek tanggungjawab untuk memperkenalkan calon pemain warisan supaya permasalahan itu mampu dielak pada masa hadapan.
Persoalannya, sejauh manakah kuasa ejen dan adakah informasi susur galur pemain berada dibawah tanggungjawab ejen ?
"Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga ada menjelaskan terdapat banyak ejen yang memberi cadangan pemain.
"Terpulang kepada ejen untuk memberitahu semua dokumen kepada FAM.
"Dalam hal ini, kerakyatan isu berbeza dan syarat-syarat daripada FIFA ialah sebaliknya. Perkara ini harus seiring dengan FIFA.
"Mereka adalah rakyat Malaysia berdasarkan sistem. Bukan seperti kita yang sememangnya lahir di sini.
"Jika ejen terbabit menyerahkan dokumen palsu, dia juga harus bertanggungjawab. Betul tak?
"Anda sedang berdepan dengan kes yang sangat tinggi.
"Jadi, semua perlu berhati-hati," kata Effendi Jagan Abdullah kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.
Level Up Game Anda

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda
Dengan kasut bola Nike Phantom 6 Low Pro, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.
Level Up Game Anda