Pasukan Island FC membuktikan keunggulan muncul juara Liga Copa Kuala Terengganu (KT) 2019 selepas menumpaskan tuan rumah, Raja Permin FC, 2-1 dalam aksi final, kelmarin.
Jaringan Syed Raffie (pada minit ke-48) serta Faiz Farhan (pada minit ke-63) memastikan kejuaraan Island FC sebelum Tuan Ikhwan menjaringkan gol sagu hati Raja Permin FC pada minit ke-65.
Selaku juara, skuad Island FC memenangi trofi dan wang tunai RM1,000 manakala penyerang Raja Permin FC, Hanif Anuar, dinobatkan penjaring terbanyak dengan sembilan gol.
Liga Copa KT edisi kedua itu berformatkan liga lapan sepasukan sebelum empat pasukan terbaik membuat perhitungan merebut dua slot final.
Menurut pengurus pasukan Raja Permin FC, Mohd Dede Ellanne Zainuddin, penganjuran kejohanan itu adalah inisiatif terkini bagi merancakkan liga sosial di negeri itu.
Bermula 4 Mac lalu, antara pasukan dari daerah Kuala Terengganu yang mengambil bahagian ialah Ganusoccer.Net (GSN) FC dan Jaya Bakti FC yang mara ke separuh akhir.

Empat lagi pasukan turut memeriahkan Liga Copa KT, iaitu FC Pemanis, Tanjong Shahbandar KT, Errong FC dan Bukit Payong FC.
"Selaku penganjur, kami mahu mencungkil bakat baru serta mengaktifkan budaya bola sepak khususnya di daerah kami, iaitu Kuala Terengganu.
"Sambutan cukup menggalakkan dan Liga Copa KT ini akan ditambah baik dalam edisi akan datang," jelas Dede.