Pempengaruh terkenal Youtube, IShowSpeed, menjadi watak penting selepas menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya, Youtube AllStars, dalam satu perlawanan amal Sideman 2025 di Stadium Wembley, awal pagi tadi.
Dalam perlawanan itu menyaksikan pasukan Speed, Youtube AllStars turun menentang pasukan Sidemen FC dengan sebanyak 18 jaringan dicatatkan dalam masa 90 minit tempoh aksi di mana kedua-dua pasukan terikat 9-9 sebelum juara ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Kejuaraan Youtube AllStars akhirnya terjawab selepas Speed tampil mengambil sepakan penalti terakhir sekali gus mengesahkan kemenangan penalti 5-4 menundukkan pasukan Sidemen. Selepas menjaringkan gol kemenangan, Speed seperti biasa meraikannya dengan 'backflip' ikoniknya.
Untuk rekod, ini merupakan perlawanan amal Sideman yang keenam dimana pertama kalinya diadakan pada 2016.
Namun, tahun ini mereka mencatatkan rekod terbaiknya dengan 90,000 tiket telah habis terjual dan meraih lebih dari RM26 juta untuk tujuan amal.
Perlawanan itu sekali gus mempamerkan populariti besar buat para pencipta kandungan dan keupayaan untuk menarik orang ramai untuk tujuan yang baik.
Aksi sensasi yang dibarisi ramai individu media sosial terkenal seperti KSI, Mr.Beast, Kai Cenat dan ramai lagi boleh dikatakan antara kolaborasi acara bola sepak terbesar pada tahun ini.

Guys, we can’t thank you enough! £4.7 MILLION raised, with all profits going to charity - words can’t even describe our graciousness and how we’re feeling right now. THANK YOU ? pic.twitter.com/UgmGe4nPkI
— Sidemen (@Sidemen) March 8, 2025
Untuk rekod, ini merupakan perlawanan amal Sideman yang keenam dimana pertama kalinya diadakan pada 2016.
Namun, tahun ini mereka mencatatkan rekod terbaiknya dengan 90,000 tiket telah habis terjual dan meraih lebih dari RM26 juta untuk tujuan amal.
Perlawanan itu sekali gus mempamerkan populariti besar buat para pencipta kandungan dan keupayaan untuk menarik orang ramai untuk tujuan yang baik.
. @ishowspeedsui scores the winning penalty and the YouTube All-Stars are the champions of the Sidemen Charity Match?pic.twitter.com/UePUTQlW2L
— CBS Sports Golazo ⚽️ (@CBSSportsGolazo) March 8, 2025