Skip to main content

Bola Sepak

Irfan Fandi bakal kahwini naib juara Miss Universe?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

miss_universe_irfan_anntonia_main.jpg
Apakah benar pemain kebangsaan Singapura Irfan Fandi nampaknya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi?

Samada ia benar atau tidak ketika ini hubungan Irfan mula menjadi bualan netizen memandangkan kekasih yang dikaitkan denganya itu bukanlah kaleng-kaleng orangnya bahkan naib juara Miss Universe 2023.

Perkhabaran itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini anak kepada lagenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad itu pernah dikaitkan bercinta dengan Anntonia Porsild sedikit masa lalu.
 

Anntonia dilaporkan memiliki darah kacukan Thailand-Denmark dan menyertai pertandingan Miss Universe yang ke-72 di El Salvador minggu lalu.

Bagaimanapun sejauh mana keseriusan percintaan mereka berdua atau mungkinkah mereka akan melengkapkan hubungan itu dengan perkahwinan dalam tempoh terdekat tidaklah diketahui.

Barangkali mungkin akan ada pengumuman rasmi yang akan dibuat seandainya benar bila sampai waktunya

Advertisement

Must Watch Video