Skip to main content

Bola Sepak

Irfan Bakti sasar kembalikan KRW ke Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan-bakti-krw.jpg
Ketua jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW), Irfan Bakti Abu Salim, meletakkan sasaran layak ke Liga Super bermula musim 2026/27.

Meskipun belum ada kata putus mengenai status KRW dalam saingan Liga A1, Irfan Bakti percaya pasukannya sudah bersiap sedia untuk muncul sebagai salah satu pencabar utama.

Bekas pengendali Kuching City, Terengganu dan Selangor itu turut memaklumkan bahawa pasukannya akan mengharungi sekurang-kurangnya empat aksi pemanas badan bermula 4 Julai depan -- bertemu kelab Liga Super yang berpangkalan di Lembah Klang.

"Saya pernah bawa naik Felda United. Ketika Terengganu turun divisyen pun saya yang bawa naik. Saya juga pernah menaikkan kelab Telekom Melaka dan MPPJ -- Selangor pun jatuh ketika itu.

"Bukanlah saya hendak banggakan diri, cukuplah di sini dan KRW akan kembali ke Liga Super. 

"Ia tidak mustahil menerusi kerjasama yang tinggi daripada pihak pengurusan," katanya di Nadi Weekend. 

Dalam perkembangan sama, dia turut mengesahkan pihaknya kini sedang dalam proses merekrut dua tonggak import untuk mengharungi musim depan.

Tanpa mendedahkan identiti pemain berkenaan, Irfan Bakti memberi bayangan salah seorang daripadanya pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga-M) di bawah kendaliannya sebelum ini.

Antara pemain tempatan yang disebut-sebut bakal menyarung jersi KRW ialah Muhaimin Izudin, Yusri Yuhasmadi serta Muhammad Faiz Mohd Nasir.

"Saya mungkin rekrut satu atau dua pemain import kerana banyak pasukan yang mungkin tidak ambil. 





"Seorang dari Eropah yang pernah bermain dalam Liga Malaysia dan seorang lagi kami masih mencari calonnya. 

"Kami mahukan penyerang import," katanya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video