LIGA PERDANA MSIA
Irfan Bakti rencana kebangkitan Kelantan Red Warrior dari bawah
Pengendali Kelantan Red Warrior (KRW), Irfan Bakti Abu Salim, tidak sangka ramai yang berminat menyertai bekas gergasi itu Liga Malaysia (Liga-M) menjelang Liga A1 Semi Pro musim depan apabila lebih 300 pemain menyertai sesi pemilihan yang tamat di Ibu Kota, hari ini.
Jurulatih berpengalaman itu bertekad mengembalikan zaman kegemilangan bekas juara 'treble' 2012 tersebut bermula dari peringkat akar umbi.
"Saya menolong KRW dalam pemilihan ini.
"Selepas beberapa siri pemilihan, hari ini kami berada di Setia Alam bagi memilih pemain-pemain untuk KRW.
"Ramai yang berminat tetapi bakat mereka tidak nampak.
"Mungkin kalau ada beberapa pemain yang baik, kami akan pilih," katanya.
Selepas meninggalkan kem Kuching City, Irfan Bakti melahirkan hasrat persaraannya sebelum membuat pusingan U.
Namun, kemunculan semulanya untuk jangka masa panjang belum dimuktamadkan lagi memandangkan belum terikat sepenuhnya dengan KRW.
"Saya sebenarnya sudah menyesuaikan dengan situasi seronok tidak mempunyai (komitmen) dalam bola sepak.
"Tetapi selepas didesak beberapa kali (untuk kembali dalam kancah bola sepak), saya fikir panjang dan selepas berbincang dengan keluarga, mereka menyarankan mengapa tidak untuk meneruskan karier dalam tempoh setahun dua lagi.
"Dalam umur sudah 70-an ini, saya masih sihat jadi saya kembali membabitkan diri," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, Irfan Bakti mengakui Faiz Nasir berminat utuk menyarung jersi KRW.