Skip to main content

Bola Sepak

Irfan Bakti kemalangan ketika pulang dari masjid, kini stabil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan-bakti.jpg
Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berada dalam keadaan baik selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam.

Perkara itu dikongsikan kelabnya, Kuching City FC.

Menurut kelab itu, Irfan mengalami kecederaan akibat kemalangan ketika mahu pulang dari masjid.

Susulan itu, pengendali berusia 72 tahun berkenaan terpaksa menjalani pembedahan dan beliau difahamkan berada dalam keadaan stabil.

“Sebagai makluman coach Irfan Bakti telah mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari masjid.

“Beliau telah selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan baik.

“Sama-sama kita doakan kesembuhan buat coach Irfan Bakti agar pulih segera. Syafakallah. Get well soon, coach!,” ujar pihak pengurusan kelab itu dalam satu kenyataan di laman media sosial rasmi mereka.

Kuching City FC ketika ini menghuni tangga ke-12 Liga Super dengan lima mata.

Bagi aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC pada 4 Jun ini, penolong jurulatih, Sulaiman Hussin, dijangka mengalas peranan sebagai pemangku jurulatih sementara Irfan menjalani proses pemulihan.

Kredit: Sinar Harian


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video