LIGA SUPER MSIA
Irfan Bakti ambil keputusan tinggalkan Kuching City
Kerana tanggungjawab dan demi maruah, Irfan Bakti Abu Salim akhirnya sah bercerai bersama Kuching City selepas lebih dua tahun menjalin kerjasama dengan Il Gatto.
Ini kali kedua jurulatih kelahiran Perak itu mengutarakan niat untuk berpisah dan kali ini ia benar-benar berlaku.
Turut membuat keputusan serupa, orang kanannya, Sulaiman Hussin, yang juga mengumumkan perletakan jawatan sebagai penolong jurulatih Kuching City.
Iklan
Hanya satu kemenangan sepanjang 16 aksi musim ini, selain tiga keputusan seri yang diraih menyaksikan Kuching City kini mengisi kedudukan kedua tercorot Liga Super.
Sebagai seorang jurulatih berpengalaman, keputusan yang direkodkan pasukan cukup penting demi maruah seorang jurulatih.
Dan untuk itu, Irfan dan Sulaiman mengambil tindakan drastik ini.
Sulaiman bagaimanapun akan bertindak sebagai jurulatih sementara Kuching City sehingga pengganti Irfan Bakti ditemui.
Irfan tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengendalikan mana-mana pasukan, namun buat masa ini, dia memilih untuk berehat di kala usianya 72 tahun.
Must-Watch Video