CREMONESE 1 INTER 2
Simone Inzaghi enggan membuang masa dengan membayangkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan di tengah-tengah spekulasi mengenai hala tuju Milan Skriniar di Inter.
Pertahanan itu terlepas lawatan ke Cremonese berikutan penggantungan dan ketiadaannya tidak memberi kesan ketara apabila Inter bangkit daripada kemunduran awal untuk menghasilkan kemenangan 2-1 hasil dua gol sumbangan Lautaro Martinez, awal pagi tadi.
Bek tengah itu acap kali dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) tetapi dengan tiga hari lagi jendela perpindahan berbaki, Inzaghi tidak khuatir kehilangan Skriniar.
"Ia bukan soalan yang patut ditunjukan kepada saya, ia adalah buat Pengarah, (Giuseppe) Marotta dan Piero Ausilio," kata Inzaghi kepada DAZN.
"Milan Skrniar seorang yang cukup profesional, dia masih berada di sini dan berlatih dengan sebaik mungkin. Saya tidak boleh membuang masa untuk membayangkan apa yang berlaku pada masa hadapan."
Inter menonjolkan dalam kemenangan di Cremonese yang masih belum memperoleh sebarang kemenangan dalam Serie A musim ini.
Pasukan bimbingan Inzaghi itu melakukan 30 percubaan dan 10 daripadanya tepat sasaran, tetapi mereka perlu bergantung kepada kualiti sentuhan pemusnah Martinez.

Deadly duo ?#CremoneseInter #ForzaInter pic.twitter.com/CZhvLawYQT
— Inter (@Inter_en) January 28, 2023