Skip to main content

Bola Sepak

Inzaghi berang dengan gol tangan Cutrone

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

patrick-cutrone-cropped_19jw4g5rvwkeh16tmcahmc1gdt.jpg
Bos Lazio, Simone Inzaghi, berkata ia adalah "tidak masuk akal" bagaimana gol Patrick Cutrone boleh disahkan dalam kekalahan 2-1 pasukannya di AC Milan, awal pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu memecah kebuntuan di San Siro ketika meluru untuk menanduk daripada hantaran Hakan Calhanoglu walaupun rakaman ulangan menunjukkan bola itu terkena lengan dan bukan kepalanya.

Jaringan itu disahkan dan Milan terus meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam Serie A, dengan tandukan Giacomo Bonaventura melengkapkan keputusan selepas Adam Marusic menyamakan kedudukan.

Inzaghi pada Disember lalu mengadu bahawa VAR merampas tujuh mata daripada Lazio susulan keputusan kontroversi dalam perlawanan menentang Inter Milan, Fiorentina dan Torino, dan dia juga berang selepas insiden Cutrone itu.

"Ia tidak masuk akal. Jujurnya, saya tidak menyedarinya (pada masa itu). Mereka perlu menjelaskan perkara ini kepada kami," katanya kepada Mediaset Premium.

"Mereka memberitahu saya dan saya bertanya kepada Cutrone selepas wisel penamat. Dia berkata ia pantulan tetapi ia jelas tidak.

"Ini memalukan. Sekali lagi, kami perlu berdepan dengan situasi ini. Ia tidak perlu dijelaskan lagi.

"Saya melihat persembahan sangat baik di babak kedua dan keputusan paling sesuai sekurang-kurangnya satu mata tetapi itulah bola sepak. Kamu harus menjaringkan gol dan kami tidak melakukannya," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video