Skip to main content

Bola Sepak

Inter serius buru sentuhan Ademola Lookman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lookman.jpg
Presiden Inter, Giuseppe Marotta, mengesahkan Ademola Lookman menjadi sasaran utama skuad Nerazzurri yang berharap mengikat khidmat penyerang Atalanta itu dalam beberapa hari akan datang.

Lookman muncul sebagai salah satu penyerang paling cemerlang dalam Serie A sejak berpindah dari RB Leipzig ke Bergamo pada 2022, malah membantu La Dea merangkul trofi Liga Europa pada 2023-24.

Sepanjang tiga musim dalam kancah Serie A, Lookman telah mencatatkan 57 penglibatan gol (39 gol, 18 bantuan jaringan) dalam 93 penampilan liga, manakala hanya penyerang Inter, Lautaro Martinez, mengatasinya dengan 57 gol, 12 bantuan jaringan. 

Lookman dijangka meninggalkan Atalanta sejak terlibat dalam perbalahan awam dengan Gian Piero Gasperini pada Februari lalu -- sebelum pengurus itu memilih untuk mengendalikan Roma pada bulan lalu.

Inter menjadi destinasi ideal buat bintang Nigeria itu yang dalam usaha merampas Scudetto daripada Napoli, dan Marotta mengesahkan minat mereka itu hari ini.

"Saya tidak mampu berselindung bahawa dia (Lookman) merupakan sasaran penting," katanya kepada pemberita.


 

"Bagaimanapun, dia adalah pemain Atalanta dan kami amat menghormati mereka.

"Kami perlu meningkatkan tahap dan tidak takut untuk membeli pemain yang bagus. 

"Masih terlalu awal untuk mengatakan apa yang akan berlaku tetapi memang benar dia adalah pemain di dalam senarai kami."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video