Perpindahan Lionel Messi ke kelab Liga Bolasepak Utama (MLS), Inter Miami, akan menjadi "sumber rujukan" buat sukan itu di Amerika Syarikat (AS) memandangkan francais David Beckham berkenaan ingin membuat pembelian berprofil tinggi.
Pandangan itu disuarakan daripada Ketua Pegawai Perniagaan Miami, Xavier Asensi, yang membayangkan kepada Mundo Deportivo bahawa pasukannya akan berusaha untuk mendapatkan Messi.
Gareth Bale dan Giorgio Chiellini membuat penampilan sulung MLS bersama Los Angeles FC semalam dalam kemenangan 2-1 ke atas Nashville SC.
Pemenang lima trofi Liga Juara-Juara itu dan Chiellini, yang memenangi Euro 2020 bersama Itali tahun lalu, menyertai Wayne Rooney, Zlatan Ibrahimovic dan Beckham sebagai antara beberapa nama besar dalam kancah MLS.
Dengan kontrak Messi di Paris Saint-Germain (PSG) akan tamat hujung musim akan datang, Asensi mencadangkan Miami akan cuba mendapatkan Messi tetapi mengakui sasaran itu mungkin tidak realistik.
Apabila ditanya sama ada menandatangani pemain seperti Messi menjadi sasaran pasukan milik Beckham itu, Asensi berkata: "Ya, dengan beberapa kaveat. Anda tidak boleh membandingkan Leo Messi dengan mana-mana pemain lain; dia berbeza.
"Selepas berkata demikian, kami mahu menjadi sumber rujukan bola sepak di AS dan untuk melaksanakannya, perkara penting ialah pemain selain bentuk persembahan yang boleh ditawarkan.
"Untuk berbuat demikian, kami memerlukan pemain terbaik dan memilikinya adalah objektif kukuh di kelab ini. Dalam soal Leo Messi, kehadirannya terlebih kemudian barulah pemain lain.
"Ia bergantung kepada dia dan apa yang dihajatinya. Kami mahu memiliki pemain terbaik di dunia dan saya fikir Messi adalah yang terbaik dalam sejarah.
"Dari situ terpulang kepada dia."
Shaiful Shamsudin
Tue Jul 19 2022