SERIE A
Inter ada semua kemungkinan untuk menang Scudetto, kata Julio Cesar
Julio Cesar percaya bekas kelabnya, Inter Milan, memiliki segala kemungkinan untuk mempertahankan gelaran Serie A.
Pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu menewaskan Hellas Verona pada Sabtu lalu sebelum menyaksikan Napoli tewas kepada Fiorentina di laman sendiri dan pendahulu liga, AC Milan, pula terikat 0-0 dengan Torino.
Inter kini berada di tangga kedua liga, mendahului Napoli dengan perbezaan jaringan dan ketinggalan dua mata di belakang Milan tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan dan beza jaringan yang lebih baik.
Bercakap kepada Stats Perform, Cesar membandingkan setuasi terkini Inter dengan pasukan yang pernah diwakilinya satu ketika dulu -- di mana dia memenangi kejuaraan 'treble' musim 2009-10.
"Sejak Inter menang musim lalu, rekod bersih Juventus telah terganggu.
"Ketika saya berada di Inter, Juventus merupakan pasukan yang perlu ditewaskan. Kini, selepas memenangi gelaran, tanggungjawabnya sentiasa bertambah.
"Hari ini, kelab ini mempunyai struktur yang luar biasa di La Pinetina. Saya berpeluang untuk melawat tempat itu. Segala-galanya sudah berubah. Dengan berkata seperti itu, saya fikir bola sepak yang dimainkan di padang itu memberikan perubahan.
"Kejuaraan kali ini amat seimbang. Inter berada di tangga kedua di belakang Milan, musim ini masih terbuka.
"Kita memiliki Milan, Inter dan Napoli, yang kesemuanya bersaing merebut gelaran.
"Masih ada enam perlawanan dan Inter memiliki segala kemungkinan untuk memenangi Scudetto.
"Inter pasukan yang kuat, walaupun mereka ada turun-naiknya, saya fikir ia sesuatu yang normal sepanjang satu musim," katanya.