Skip to main content

Bola Sepak

Intan Serah kini pemain kelab Amerika Syarikat, NYDLFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

intan-serah.jpg
Bintang bola sepak wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli, kini sah bergelar pemain kelab bola sepak yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS), New York Dutch Lions FC (NYDLFC).

Perkara itu disahkan kelab berkenaan dalam satu kiriman Instagram malam tadi dengan memaklumkan bahawa Intan Serah telah menandatangani kesepakatan bersama mereka.

"Berlaku sedikit penangguhan kerana visa yang dia perlukan dari kedutaan. Tetapi sekarang, itu semua telah diselesaikan dia boleh memulakan perjalanannya bersama kami! Selamat datang ke New York dan kami teruja untuk memiliki anda Intan!" kata kenyataan itu.

Sebagai rekod, Intan Serah, 24 mewakili skuad wanita negara dalam Sukan SEA di Kemboja bulan lalu.
 
 

Advertisement

Must Watch Video