Skip to main content

Bola Sepak

Insigne sama seperti Hazard, kata Alexander-Arnold

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

insignealexander-arnold.jpg
Pertahanan sayap Liverpool, Trent Alexander-Arnold, percaya penyerang Napoli, Lorenzo Insigne, sama seperti bintang Real Madrid, Eden Hazard.

Jaringan lewat Insigne memastikan Liverpool tewas 0-1 kepada Napoli dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Oktober tahun lalu.

Pemain kebangsaan Itali itu memaparkan permulaan cemerlang dalam Serie A musim ini dengan menghasilkan dua gol dan dua bantuan jaringan.

Menjelang pertemuan Liverpool dengan Napoli awal pagi esok, Alexander-Arnold membandingkan penyerang itu dengan Hazard.

"Sudah pasti dia seorang pemain yang hebat. Dia seorang banyak membantu mereka untuk beraksi, faham dengan cara permainan, selalu mendorong mereka untuk beraksi baik, boleh melakukan percubaan dan memegang bola," katanya kepada akhbar United Kingdom seperti yang dipetik Liverpool Echo.

"Dia seorang pemain yang amat lick, amat kuat, pantas dan agak lincah.

"Saya boleh katakan dia sama sepeti Eden Hazard, pemain seperti itu amat sukar untuk dikawal dan dihalang.

"Untuk berdepannya, ia sentiasa menjadi tugas sukar tetapi itulah perkara yang anda jangkakan dalam Liga Juara-Juara.

"Dia pemain yang hebat, mungkin sedikit tidak diiktiraf berdasarkan penghormatan dan pujian yang diterimanya, namun dia benar-benar hebat.

"Saya fikir rakan sepasukannya akan bersetuju dengan saya dan mereka yang pernah berhadapan dengannya akan bercakap tentang betapa liciknya dia untuk ditangani.

"Dia pemain yang bagus, mereka memiliki ramai pemain yang baik dan kami perlu bersedia dengan situasi itu," katanya.

Insigne membantu Napoli meraih enam mata daripada tiga perlawanan pertama Serie A musim ini manakala Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris selepas memenangi kelima-lima perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video