Dalam konteks Islam, Insha'Allah bermaksud kepercayaan bahawa tiada apa yang berlaku melainkan Allah menghendakinya, dan bahawa kehendak-Nya mengatasi semua kehendak manusia; walau bagaimanapun, secara umumnya frasa ini biasa digunakan oleh orang Islam.
Mendengar ia disebut oleh Ronaldo seperti dia mula mendekati budaya islam selepas bersama kelab yang berpangkalan di Arab Saudi, Al-Nassr.
Cristiano Ronaldo speaks Arabic as he reflects on life in Saudi Arabia ?? pic.twitter.com/lGwOPlsTgo
— GOAL (@goal) January 8, 2025
Menerusi laman X Goal.com, Ronaldo berkongsikan misi bersama pasukannya bagi musim 2025.
"Ia merupakan satu keistimewaan berjaya memenangi gelaran dalam musim pertama saya di sini. Tetapi saya mahukan lebih banyak lagi gelaran, saya akan terus berusaha membantu pasukan untuk mengejar lebih banyak gelaran bagi musim 2025 dan berharap tahun ini adalah tahun yang baik buat Al-Nasrr, Insha'Allah."