Skip to main content

Bola Sepak

Inilah keindahan EPL, liga terbaik dunia -- Jorginho

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jorginho_1hmtk2u7dq8zk1f0iusmiv1i61.jpg
Jorginho merumuskan perasaannya selepas jaringannya membantu Arsenal memperoleh tiga mata di Aston Villa dengan hanya berkata, "Itulah [Liga Perdana Inggeris]".

Pemain skuad kebangsaan Itali itu melakukan rembatan pada minit ke-93 yang terkena tiang gawang, sebelum terkena bahagian belakang kepala penjaga gol Villa, Emiliano Martinez, dan bergolek menembusi gawang untuk meletakkan Arsenal 3-2 semalam.

Gabriel Martinelli memastikan kemenangan 4-2 dengan gol pemisah pada saat-saat akhir ketika Arsenal kembali ke puncak carta Liga Perdana Inggeris sementara Manchester City seri 1-1 dengan Nottingham Forest.

"Itulah EPL," kata Jorginho kepada BT Sport. "Itulah sebabnya ia adalah liga terbaik di dunia. Ia cukup indah."

Skuad kendalian Mikel Arteta itu tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan liga dan ketinggalan 1-0 di Villa Park menerusi gol Ollie Watkins, dengan gol penyamaan Bukayo Saka diikuti Philippe Coutinho memulihkan pendahuluan tuan rumah sebelum rehat.

Oleksandr Zinchenko menyamakan kedudukan sekali lagi sejurus selepas perlawanan melewati 60 minit, sebelum rembatan Jorginho memaksa gol sendiri Martinez yang dramatik untuk menggembirakan pelawat, dengan Martinelli menambah gol keempat mudah buat pelawat.

"Ia sangat penting," tambah Jorginho. “Selepas keputusan terakhir yang kami ada dan permulaan [hari ini] ia tidak mudah, kami tidak menghasilkan permainan kami, dan kemudian kami tiba di separuh masa, berbincang dan kami kembali melakukan perkara asas yang perlu kami lakukan dan kami berjaya mengubah permainan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video