Berita pelantikan legenda Liverpool dan pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Luis Garcia, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaru kelab terkemuka Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), mendapat perhatian seantero dunia termasuk bekas rakan sepasukannya, Andres Iniesta.
Kehadiran profil berpengaruh bola sepak itu, sekali gus terus meletakkan Harimau Selatan di kelas tersendiri yang menyaksikan semakin banyak liputan daripada segenap medium antarabangsa mengenai JDT yang diterajui Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sudah pasti, peranan khususnya adalah untuk meningkatkan mutu pasukan setanding kelab handalan dunia dengan menggunakan kelebihan yang dimiliki oleh bekas pemain berusia 46 tahun itu.
Menerusi hantaran di Instagram rasminya, terdapat kelibat pemenang Piala Dunia 2010, Iniesta, turut kagum dan teruja dengan pencapaian tersebut melihat rakan senegaranya dilantik memegang jawatan yang membanggakan itu.
Malah, bekas penjaga gol The Reds, Adrian San Miguel Del Castillo, turut melontarkan komen yang sangat positif bagi menaikkan semangat Luis Garcia.