Jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik, diberi peranan khas mengetuai pasukan terbaik pilihan Asia Tenggara, ASEAN All-Stars, untuk mengecewakan gergasi Liga Perdana Inggeri, Manchester United, dalam Maybank Challenge Cup, malam ini.
Perlawanan persahabatan itu menjadi peluang terakhir buat skuad kendalian Ruben Amorim untuk meraih piala selepas mengharungi musim yang sukar.
Namun, ia bukan jalan yang mudah apabila perlu bertembung dengan barisan bintang terkemuka rantau ini yang menghimpunkan 10 negara membentuk satu pasukan terkuat.
Kehadiran empat tonggak dari Australia juga menjadi nilai tambah buat pasukan tuan rumah menggempur barisan pertahanan The Red Devils.
Penyerang prolifik Singapura, Irfan Fandi, kembali ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan misi berbeza untuk merobek gawang naib juara Liga Europa (UEL) itu.
Senarai 26 pemain ASEAN All-Star vs Manchester United​
Lima pemain negara, Sergio Aguero, Haziq Nadzli, Declan Lambert, Azam Azmi Murad dan Adib Raop, turut disenaraikan sebagai wakil Harimau Malaya.
Tetapi, banyangan kesebelasan utama masih belum dipastikan.