Skip to main content

Bola Sepak

Ini sebab kenapa Imanol Machuca tidak tersenarai dalam skuad Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

machuca.jpg
Hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan persembahan seterusnya pemain warisan negara, Imanol Machuca, tidak kesampaian apabila tidak tersenarai dalam kem panggilan skuad kebangsaan kali ini. 

Menjelang perlawanan persahabatan tier 1 bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini dan menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri empat hari kemudian, bintang berusia 25 tahun itu terpaksa melupakan panggilan antarabangsa bersama Harimau Malaya. 

Ketika pengumuman barisan 29 pemain menyertai kem kebangsaan, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, mendedahkan mengapa dia tidak memanggil pemain itu. 

Ketiadaan pemain sayap kelab Argentina, Velez Sarsfield, Imanol Machuca pula kerana dia akan terlibat dalam perlawanan akhir Supercopa Argentina menentang Central Cordoba pada 6 September ini.

 


"Machuca ada final minggu depan. Ia satu perlawanan penting buat dirinya dan juga kelab.

"Saya buat keputusan untuk benarkan dia kekal bersama kelab dan beraksi di pentas akhir itu. Harapnya dia dapat menjulang trofi, sekali gus memberi nilai tambah dalam kariernya serta menjadi pemain yang lebih baik untuk kita di masa akan datang," katanya dalam sidang media semalam.

Terdahulu, Machuca berjaya merangkul trofi pertama dalam karier apabila Velez Sarsfield menjuarai Supercopa Internacional, Julai lalu.

Sarsfield akan bertemu Cordoba dalam aksi final pada 7 September ini. 

Untuk rekod, Machuca baru mencatatkan 18 minit permainan bersama Harimau Malaya sewaktu penampilan pertamanya, sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video