Skip to main content

Bola Sepak

Ini respons terkini Jordan Mintah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jm.jpg
"Saya tidak menghidap barah (kanser)"

Penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Jordan Mintah, tampil menjernihkan kekeliruan berhubung keadaan kesihatannya selepas tular pelbagai dakwaan di media sosial.

Tonggak Kuching City menegaskan berita palsu itu tidak benar sama sekali, malah ujian perubatan menunjukkan dirinya sebenarnya mengalami masalah kelenjar (tiroid).

Mintah menjelaskan tiroid itu dikesan selepas pemeriksaan lanjut dilakukan susulan ketidakselesaan yang dialaminya sejak kebelakangan ini.

Penggempur kelahiran Ghana itu bagaimanapun, menegaskan situasinya masih terkawal walaupun memerlukan rawatan di hospital.

 

"Keadaan saya tidaklah begitu teruk. 

"Saya sudah mendapat nasihat doktor untuk melakukan proses pemulihan berkenaan tiroid.

"Ini adalah kali pertama saya merasai pengalaman ini. Saya hanya mahu penyakit ini segera sembuh," katanya di Nadi Weekend.

Pemain berusia 30 tahun itu berharap agar orang ramai berhenti menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kesihatannya, kerana ia bukan sahaja mengundang rasa panik ahli keluarga, malah mengganggu fokusnya terhadap pemulihan selain boleh memberi kesan kepada masa depanya bersama kelab.

Mintah terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan buat kali kedua, sekali gus terlepas perlawanan bertemu Nepal dalam Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini.

Advertisement

Must Watch Video