Skip to main content

Bola Sepak

Ini profil calon penyerang warisan Harimau Malaya dari Olympiacos!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jefte.jpg
Penyerang Olmpiacos, Jefte Betancor, difahamkan merupakan antara calon pemain warisan baru Harimau Malaya yang kini sedang dipinjamkan ke Liga Utama Greece, Panserraikos.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini dikhabarkan memuat naik sebuah gambar di media sosialnya yang tular di media sosial dengan dia sedang memiliki pasport Malaysia di lapangan terbang dan seakan memberikan bayangan dia dalam perjalanan bagi menyertai skuad kendalian Peter Cklamovski.

Jefte memulakan karier profesionalnya di negara kelahirannya iaitu Sepanyol bersama Hercules B dan pernah berkelana Romania dan Greece.





Untuk rekod, untuk saingan 2024/25 menyaksikan dia dinobatkan penjaring terbanyak dengan 21 jaringan sepanjang 33 penampilan buat Panserraikos.

Mengikut Tranfermrkt, pemain yang mempunyai ketinggiamn 1.86m itu telah membuat 265 penampilan dan telah meledak 94 jaringan dan melakar 17 bantuan jaringan.

Advertisement

Must Watch Video